Tuesday, February 17, 2015

Menjahit Dan Memandu Kereta.

Assalamualaikum. :)





Kali ni saya nak kongsi tentang menjahit guna mesin jahit dan memandu kereta.


Pasti ada yang terfikir tentang perkara ni kan? :)


Ya. Ada beberapa perkara yang hampir sama dalam kedua-duanya.


Pertama : Tangan, Steering, Kain.

Apabila menjahit dan memandu kereta pastinya kita akan menggunakan tangan. Semua orang tahu tu kan. :D

Bila pandu kereta, tangan kita akan control steering agar tayar kereta berada diarah yang betul, sama ada mahu belok kiri, belok kanan, atau berhenti atau parking atau keluar dari parking. Kalau tersalah control, boleh menyebabkan accident berlaku.

Bila menjahit pula, tangan digunakan untuk control kain. Kalau control dengan baik, maka akan cantik dan kemas kain jahitan pada kain tersebut. Tapi, kalau tak control dengan baik, semestinya jahitan akan jadi tidak kemas dan baju pun tak cantik. Seriusly.


Kedua : Kaki, Pedal Minyak, Pedal Break, Tapak Penekan Jahitan.

Masa pandu kereta, kaki guna untuk tekan pedal minyak dan pedal break. Bila tekan pedal minyak, selalunya pemandu akan berhati-hati agar tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kalu laju sangat drive, bersedialah untuk dapat saman daripada speed trap. :D. N kalau terlalu slow, confirm driver belakang akan marah (tu kalau duduk lorong laju tapi drive slow. :D) 

Time menjahit pula, kaki akan menekan tapak penekan jahitan. Bagi yang guna mesin jahit elektrik, bila tekan tapak penekan jahitan tu terlalu laju, saiz jahitan akan jadi terlalu kecil. Mesin jahita tak ada speed trap kalau tekan laju sangat. Tapi jahitan jadi tak cantiklah. :D Tapi, kalau guna mesin jahit yang biasa, tukang jahit akan setkan dulu saiz jahitan yang nak dijahit tu. :D


Ketiga : Gear.

Gear pada kereta digunakan untuk jalan, reverse, dan untuk parking. Tanpa gear, kereta tak mungkin boleh bergerak jauh ( kecuali kereta sorong lah n kereta yang ditarik n kereta ysng naik lori dan naik kapal. :D) Jadi, gear sangatlah penting untuk kereta.

Gear pada mesin jahit pula digunakan untuk menetapkan saiz jahitan. Nak saiz jahitan tu kecil ataupun besar, setkan kat gear tu lah. Tak semua mesin jahit ada gear. Tapi mesin jahit saya ada gear. :D


Jadi kesimpulannnya, itulah yang saya perasan tentang persamaan antara pandu kereta da menjahit menggunakan mesin jahit. 


Kalau ada kekurangan pada entry, maafkanlah saya. Mohon tegurlah saya untuk perbaikan entry2 yang akan datang. :D


Okey...see u all next time! :D


No comments:

Post a Comment