Tuesday, July 10, 2018

BERKURUN LAMANYA.

Assalamualaikum.

Lamanya terlalu lama ku biarkan blog ini bersarang. hahaha

Lama sangat tak update. Agak malas nak update. In case of setahun merantau ke ibu kota bekerja mencari rezeki mencari pengalaman. Tambah ilmu pun iya jugaklah. hahaha

Sebelum ni tak pernah sis bermimpi untuk terjun dalam bidang retail. But dengan izin Allah SWT, terbekerja dalam bidang retail pulak. well said, kita tak tahu apa yang tertulis untuk kita ke depan kan. haaa..just follow the flow. hahaha

Post kali ni cuma nak bgtau kemunculan kembali sis ke dunia blog ni aja. Next post baru nak start cerita macam2. Okea, c u all next time. ;). Bye!

Wassalam. 

Wednesday, June 15, 2016

Hasil.

Assalamualaikum. 😅

Kali ni nak share pic baju-baju hasil dari tangan sendiri.

Jadi inilah antara baju-baju yang saya pernah jahit.

Ada baju puan mak, baju baby, baju saya, n baju adik.

Ada lagi. Tapi ni saja pic2 yang ada dalam fon.

😁😁😁

Tuesday, June 14, 2016

24.

Assalamualaikum. 😁

Alhamdulillah tahun ni dah genap 24 tahun umur saya.

Tapi, masih ada yang tanya saya tingkatan berapa.

Mungkin muka saya agak childish.

Tapi bukan child lagi tau, dah jadi women tau. Hahaha

Kalau nak throwback balik kan, dalam masa saya hidup 24 tahun ni kan, dah banyak saya lalui.

Alhamdulillah Allah bagi apa yang saya mampu tanggung.

Kejatuhan yang saya rasa 2, 3 tahun dululah yang ubah saya jadi macam ni.

Alhamdulillah perkara itu terjadi dengan sangat banyak hikmahnya.

Bersyukur sangat-sangat.

Menghilang selama ni pun sebab cuba nak baiki diri sikit demi sikit.

Alhamdulillah. Semakin lama semakin tenang rasa.

Saya pun dah maafkan yang terlibat, dan tak berdendam dengan mereka.

Saya anggap benda ni positif. Teguran daripada Allah untuk jadikan saya seorang yang lebih baik.

Then, sekarang ni cuma fokus kat masa depan n let bygone be bygone laa kan.

Dah habis study, sambung buat keja sendiri.

Bisnes sendiri. Bisnes kecil-kecilan saja. Bolehlah untuk belanja diri sendiri. Ada lebih, belanja family. Hahaha

Saya buat apa?

Hahaha

Macam biasalah, menjahit, memasak, buat kraftangan.

Sekarang ni tambah buat crepe roses. Buat bunga telur untuk majlis2 guna kertas crepe. Kertas yang liat-liat tu. Hahhaha

Alhamdulillah. Dapat sambutan yang amat menggalakkan. 😁

Sebenarnya bila story-story balek, saya mula belajar buat macam2 ni sebab tercabar dengan kata2 seseorang.

Yang mengatakan badan saya kecil dan tak mampu buat kerja rumah.

Tapi, saya ambik kata2 tu sebagai semangat untuk saya berubah.

Masa rasa tercabar tu, memang otak fikir nak buat, hati belum mencapai keikhlasan lagi.

Dan saya sangat berterima kasih kepada orang tersebut.

Tapi Alhamdulillah, belajar buat macam2 tu kan memang mula dengan hati yang tak ikhlas, tapi lama-lama In Shaa Allah, Allah buka hati kita untuk ikhlas. Mintaklah kat Allah agar diberi keikhlasan dalam buat apa jua pekerjaan. In Shaa Allah, Allah akan bagi. 😁

Tapi sampai sekarang saya masih jadikan kata2 orang tu sebagai motivasi agar untuk saya terus melangkah ke hadapan. 😁

Setahun lebih menghilang, masih single n masih tengah cuba untuk bercinta dengan Allah.

Masih belum bercadang untuk diri masjid.

Hati masih tertutup. Alaaa muda lagi kannnn. Hahahaha

Tapi kawan2 ramai yang dah dukung anak, saya jaa masih tutup hati lagi. Hahaha

Cuma nak focus dengan bisnes kecik ni dulu, mak ayah pun masih ada, adik beradik pun masih perlukan saya lagi, jadi memang bahagia dapat duduk dengan family. Hahhaha

Okealah. Nanti saya story2 lagi.

Nak sambung jahit baju raya family n saudara mara. Kena speed sikit. Ada lagi dalam 10 hingga 15 pasang nak kena siapkan. Puasa pulak dah 2 minggu selesai.

Baiklah. Take good care u ols.

Wassalam.

😅😅😅

Hilang.

Assalamualaikum. 😁

Nampaknya dah setahun lebih tak update blog nie.

Sibuk tak berapa sibuk sangat, tapi mungkin sibuk jugak kot. Hhahaha

Tapi sekarang ni dah download app blogspot ni kat playstore, bolehlah update selalu. Hehehe

Tunggulah entry2 terbaru saya yea.

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua.

😅😅😅

Wednesday, February 18, 2015

Pertemuan.

Assalamualaikum. :)



Pic credit to uncle google. :)



Ya. Pertemuan.


Pertemuan selalunya akan diakhiri dengan perpisahan.


Ya. Betul tu.


Tapi kali ni saya nak ceritakan apa yang saya faham tentang pertemuan.


Semua orang tahu setiap pertemuan itu telah diaturkan oleh Allah SWT Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu itu.


Ada orang, Allah temukan kita dengan dia atau mereka adalah untuk menjadi orang yang paling dekat dengan kita, yang melahirkan kita iaitu mak kita, dan juga ayah kita, and our whole family right. Pastinya ada hikmah dan sebanya sendiri mengapa Allah takdirkan begitu pada kita. Perhaps, because of Allah knows yang kita mampu tanggung segala ujian yang akan diberikan selepas itu. Sebab tu, Allah takdirkan kita berada dalam keluarga yang kita ada sekarang.


Ada orang Allah temukan kita dengan dia sebagai mak sedara, ayah sedara, sepupu, atau anak saudara. Sebab apa, sebab Allah lebih tahu kita sesuai dengan keadaan yang macam mana. Ada hikmah yang tersembunyi disebalik takdir itu.



Ada orang Allah temukan kita dengan dia untuk jadi kawan baik. Kerana apa, kerana Allah tahu yang kita akan selesa jika berkongsi rahsia dengan dia. Nampak tak? Ada hikmah dan sebabnya kan? :)


Ada orang Allah temukan kita dengan dia untuk menjadi suami atau isteri. Sebab Allah tahu kita dengan dia lebih sesuai begitu. Ada hikmahnya.

Ada orang Allah temukan kita dengan dia hanya untuk memberi inspirasi dan motivasi pada kita saja. Bila kita tengok mereka, kita sendiri akan termotivasi walaupun mereka tak keluarkan sepatah pun ayat motivasi dari mulut mereka. Tapi sebenarnya kejayaan merekalah menjadi motivasi kepada kita. Ya. Sangat penting untuk kita dipertemukan dengan orang seperti mereka. :)


Ada orang Allah temukan kita dengan dia hanya untuk menguji keimanan kita. Contohnya Allah temukan kita dengan orang tu, takdirkan kita bercinta dengan dia, Dan Allah pisahkan kita dengan orang tu. Kita kecewa sangat-sangat dan masa tu, barulah kita rasa nak kembali kepada Allah. Barulah kita sedar yang hanya Allah yang takkan tinggalkan kita. Kenapa Allah buat macam tu, sebab DIA sayangkan kita, DIA rindukan kita, DIA rindu nak bercinta dengan kita. Sebab hanya dengan buat macam tu saja, kita akan kembali ke jalan-NYA. :)


Akhir sekali,


Ada sesetengah orang, Allah menguji mereka dengan pertemuan dan perpisahan untuk bagi Taufiq dan Hidayah pada mereka. :)


Kesimpulannya, setiap pertemuan dan perpisahan itu telah diaturkan oleh Allah SWT kepada setiap makhluk-NYA di dunia ini. Ianya bertamu bersama hikmahnya, Taufiqnya, dan Hidayahnya yang tersendiri. Sesungguhnya Allah SWT tak pernah menghampakan para hamba-NYA. Takdir-NYA adalah yang terbaik buat hamba-NYA. :)


Maaf jika ada kekurangan dalam entry kali ni. Mohon tegurlah saya jika tersalah. Sama-samalah kita baiki diri kita. Terima kasih sudi baca. Jemput datang lagi. :)


Wassalam. :)

Tuesday, February 17, 2015

Menjahit Dan Memandu Kereta.

Assalamualaikum. :)





Kali ni saya nak kongsi tentang menjahit guna mesin jahit dan memandu kereta.


Pasti ada yang terfikir tentang perkara ni kan? :)


Ya. Ada beberapa perkara yang hampir sama dalam kedua-duanya.


Pertama : Tangan, Steering, Kain.

Apabila menjahit dan memandu kereta pastinya kita akan menggunakan tangan. Semua orang tahu tu kan. :D

Bila pandu kereta, tangan kita akan control steering agar tayar kereta berada diarah yang betul, sama ada mahu belok kiri, belok kanan, atau berhenti atau parking atau keluar dari parking. Kalau tersalah control, boleh menyebabkan accident berlaku.

Bila menjahit pula, tangan digunakan untuk control kain. Kalau control dengan baik, maka akan cantik dan kemas kain jahitan pada kain tersebut. Tapi, kalau tak control dengan baik, semestinya jahitan akan jadi tidak kemas dan baju pun tak cantik. Seriusly.


Kedua : Kaki, Pedal Minyak, Pedal Break, Tapak Penekan Jahitan.

Masa pandu kereta, kaki guna untuk tekan pedal minyak dan pedal break. Bila tekan pedal minyak, selalunya pemandu akan berhati-hati agar tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kalu laju sangat drive, bersedialah untuk dapat saman daripada speed trap. :D. N kalau terlalu slow, confirm driver belakang akan marah (tu kalau duduk lorong laju tapi drive slow. :D) 

Time menjahit pula, kaki akan menekan tapak penekan jahitan. Bagi yang guna mesin jahit elektrik, bila tekan tapak penekan jahitan tu terlalu laju, saiz jahitan akan jadi terlalu kecil. Mesin jahita tak ada speed trap kalau tekan laju sangat. Tapi jahitan jadi tak cantiklah. :D Tapi, kalau guna mesin jahit yang biasa, tukang jahit akan setkan dulu saiz jahitan yang nak dijahit tu. :D


Ketiga : Gear.

Gear pada kereta digunakan untuk jalan, reverse, dan untuk parking. Tanpa gear, kereta tak mungkin boleh bergerak jauh ( kecuali kereta sorong lah n kereta yang ditarik n kereta ysng naik lori dan naik kapal. :D) Jadi, gear sangatlah penting untuk kereta.

Gear pada mesin jahit pula digunakan untuk menetapkan saiz jahitan. Nak saiz jahitan tu kecil ataupun besar, setkan kat gear tu lah. Tak semua mesin jahit ada gear. Tapi mesin jahit saya ada gear. :D


Jadi kesimpulannnya, itulah yang saya perasan tentang persamaan antara pandu kereta da menjahit menggunakan mesin jahit. 


Kalau ada kekurangan pada entry, maafkanlah saya. Mohon tegurlah saya untuk perbaikan entry2 yang akan datang. :D


Okey...see u all next time! :D


Friday, February 13, 2015

Sulaman

Assalamualaikum. :)


Jahitan sulaman bunga kat baju nie bukan baru lagi pada kita semua. Ada yang sangat meminati bidang sulaman bunga nie.


Puan mak dulu seorang tukang jahit sulaman bunga nie lah. Tapi beliau berhenti menjahit selama beberapa tahun.



Tapi now, my puan mak kembali memijak-mijak mesin jahit menjahit sulaman bunga nie.



Sekarang nie puan mak tengah sulaman bunga pada baju pengantin kakak sepupu yang akan berkahwin minggu depan.



Baju tersebut 2 pasang, tapi hanya sepaang saja sempat snap. :D



Okea, tengok pic kat bawah nie.




Sebelum puan mak berhenti menjahit dulu, banyak jugak tempahan.



Then, sekarang nie puan mak dah start menjahit balek n start terima tempahan balek. 


Sebelum nie pun ada jugak baju pengantin kakak2 spupu yang laen puan mak jahitkan sulaman.



Tapi anak puan mak tak reti bab2 menjahit sulaman nie sebab asyik dengan laptop aja kan.



Lepas nie kalau ada sesiapa nak tempah jahit sulaman bunga kat baju, jemputlah datang rumah. Tengok2 design dulu. Kalau ada design sendiri bawaklah tunjuk. No probs. My puan mak terima saja design awak2. :)