Wednesday, February 18, 2015

Pertemuan.

Assalamualaikum. :)



Pic credit to uncle google. :)



Ya. Pertemuan.


Pertemuan selalunya akan diakhiri dengan perpisahan.


Ya. Betul tu.


Tapi kali ni saya nak ceritakan apa yang saya faham tentang pertemuan.


Semua orang tahu setiap pertemuan itu telah diaturkan oleh Allah SWT Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu itu.


Ada orang, Allah temukan kita dengan dia atau mereka adalah untuk menjadi orang yang paling dekat dengan kita, yang melahirkan kita iaitu mak kita, dan juga ayah kita, and our whole family right. Pastinya ada hikmah dan sebanya sendiri mengapa Allah takdirkan begitu pada kita. Perhaps, because of Allah knows yang kita mampu tanggung segala ujian yang akan diberikan selepas itu. Sebab tu, Allah takdirkan kita berada dalam keluarga yang kita ada sekarang.


Ada orang Allah temukan kita dengan dia sebagai mak sedara, ayah sedara, sepupu, atau anak saudara. Sebab apa, sebab Allah lebih tahu kita sesuai dengan keadaan yang macam mana. Ada hikmah yang tersembunyi disebalik takdir itu.



Ada orang Allah temukan kita dengan dia untuk jadi kawan baik. Kerana apa, kerana Allah tahu yang kita akan selesa jika berkongsi rahsia dengan dia. Nampak tak? Ada hikmah dan sebabnya kan? :)


Ada orang Allah temukan kita dengan dia untuk menjadi suami atau isteri. Sebab Allah tahu kita dengan dia lebih sesuai begitu. Ada hikmahnya.

Ada orang Allah temukan kita dengan dia hanya untuk memberi inspirasi dan motivasi pada kita saja. Bila kita tengok mereka, kita sendiri akan termotivasi walaupun mereka tak keluarkan sepatah pun ayat motivasi dari mulut mereka. Tapi sebenarnya kejayaan merekalah menjadi motivasi kepada kita. Ya. Sangat penting untuk kita dipertemukan dengan orang seperti mereka. :)


Ada orang Allah temukan kita dengan dia hanya untuk menguji keimanan kita. Contohnya Allah temukan kita dengan orang tu, takdirkan kita bercinta dengan dia, Dan Allah pisahkan kita dengan orang tu. Kita kecewa sangat-sangat dan masa tu, barulah kita rasa nak kembali kepada Allah. Barulah kita sedar yang hanya Allah yang takkan tinggalkan kita. Kenapa Allah buat macam tu, sebab DIA sayangkan kita, DIA rindukan kita, DIA rindu nak bercinta dengan kita. Sebab hanya dengan buat macam tu saja, kita akan kembali ke jalan-NYA. :)


Akhir sekali,


Ada sesetengah orang, Allah menguji mereka dengan pertemuan dan perpisahan untuk bagi Taufiq dan Hidayah pada mereka. :)


Kesimpulannya, setiap pertemuan dan perpisahan itu telah diaturkan oleh Allah SWT kepada setiap makhluk-NYA di dunia ini. Ianya bertamu bersama hikmahnya, Taufiqnya, dan Hidayahnya yang tersendiri. Sesungguhnya Allah SWT tak pernah menghampakan para hamba-NYA. Takdir-NYA adalah yang terbaik buat hamba-NYA. :)


Maaf jika ada kekurangan dalam entry kali ni. Mohon tegurlah saya jika tersalah. Sama-samalah kita baiki diri kita. Terima kasih sudi baca. Jemput datang lagi. :)


Wassalam. :)

Tuesday, February 17, 2015

Menjahit Dan Memandu Kereta.

Assalamualaikum. :)





Kali ni saya nak kongsi tentang menjahit guna mesin jahit dan memandu kereta.


Pasti ada yang terfikir tentang perkara ni kan? :)


Ya. Ada beberapa perkara yang hampir sama dalam kedua-duanya.


Pertama : Tangan, Steering, Kain.

Apabila menjahit dan memandu kereta pastinya kita akan menggunakan tangan. Semua orang tahu tu kan. :D

Bila pandu kereta, tangan kita akan control steering agar tayar kereta berada diarah yang betul, sama ada mahu belok kiri, belok kanan, atau berhenti atau parking atau keluar dari parking. Kalau tersalah control, boleh menyebabkan accident berlaku.

Bila menjahit pula, tangan digunakan untuk control kain. Kalau control dengan baik, maka akan cantik dan kemas kain jahitan pada kain tersebut. Tapi, kalau tak control dengan baik, semestinya jahitan akan jadi tidak kemas dan baju pun tak cantik. Seriusly.


Kedua : Kaki, Pedal Minyak, Pedal Break, Tapak Penekan Jahitan.

Masa pandu kereta, kaki guna untuk tekan pedal minyak dan pedal break. Bila tekan pedal minyak, selalunya pemandu akan berhati-hati agar tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kalu laju sangat drive, bersedialah untuk dapat saman daripada speed trap. :D. N kalau terlalu slow, confirm driver belakang akan marah (tu kalau duduk lorong laju tapi drive slow. :D) 

Time menjahit pula, kaki akan menekan tapak penekan jahitan. Bagi yang guna mesin jahit elektrik, bila tekan tapak penekan jahitan tu terlalu laju, saiz jahitan akan jadi terlalu kecil. Mesin jahita tak ada speed trap kalau tekan laju sangat. Tapi jahitan jadi tak cantiklah. :D Tapi, kalau guna mesin jahit yang biasa, tukang jahit akan setkan dulu saiz jahitan yang nak dijahit tu. :D


Ketiga : Gear.

Gear pada kereta digunakan untuk jalan, reverse, dan untuk parking. Tanpa gear, kereta tak mungkin boleh bergerak jauh ( kecuali kereta sorong lah n kereta yang ditarik n kereta ysng naik lori dan naik kapal. :D) Jadi, gear sangatlah penting untuk kereta.

Gear pada mesin jahit pula digunakan untuk menetapkan saiz jahitan. Nak saiz jahitan tu kecil ataupun besar, setkan kat gear tu lah. Tak semua mesin jahit ada gear. Tapi mesin jahit saya ada gear. :D


Jadi kesimpulannnya, itulah yang saya perasan tentang persamaan antara pandu kereta da menjahit menggunakan mesin jahit. 


Kalau ada kekurangan pada entry, maafkanlah saya. Mohon tegurlah saya untuk perbaikan entry2 yang akan datang. :D


Okey...see u all next time! :D


Friday, February 13, 2015

Sulaman

Assalamualaikum. :)


Jahitan sulaman bunga kat baju nie bukan baru lagi pada kita semua. Ada yang sangat meminati bidang sulaman bunga nie.


Puan mak dulu seorang tukang jahit sulaman bunga nie lah. Tapi beliau berhenti menjahit selama beberapa tahun.



Tapi now, my puan mak kembali memijak-mijak mesin jahit menjahit sulaman bunga nie.



Sekarang nie puan mak tengah sulaman bunga pada baju pengantin kakak sepupu yang akan berkahwin minggu depan.



Baju tersebut 2 pasang, tapi hanya sepaang saja sempat snap. :D



Okea, tengok pic kat bawah nie.




Sebelum puan mak berhenti menjahit dulu, banyak jugak tempahan.



Then, sekarang nie puan mak dah start menjahit balek n start terima tempahan balek. 


Sebelum nie pun ada jugak baju pengantin kakak2 spupu yang laen puan mak jahitkan sulaman.



Tapi anak puan mak tak reti bab2 menjahit sulaman nie sebab asyik dengan laptop aja kan.



Lepas nie kalau ada sesiapa nak tempah jahit sulaman bunga kat baju, jemputlah datang rumah. Tengok2 design dulu. Kalau ada design sendiri bawaklah tunjuk. No probs. My puan mak terima saja design awak2. :)




Thursday, February 12, 2015

Salam Jumaat.

Assalamualaikum.


Salam Jumaat yang penuh berkat buat semua. :)



Surah Luqman Ayat ke-34. 


Sama-sama kita renungkan.


Sama-sama kita muhasabah diri. :)

Wednesday, February 11, 2015

ASSALAMUALAIKUM.

Setelah memadam blog lama, dan menghilangkan diri dengan begitu lama. Tapi tak hilang mana pun, ada saja kat sini. Tapi menyepi seketika, pergi mendiri diri sendiri. :D

Nak kata dapat, tak tau nak kata. Tapi Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, dah dapat apa yang dicari. :D

Tapi macam biasa, masih sibuk dengan pelajaran. Pelbagai ujian dan rintangan mendatang ketika mencari sesuatu itu. Tapi Alhamdulillah, dapat diatasi dengan baik. :D

Harap semua sihat2 belaka. Jadi takmau cakap panjang2. Tunggu entry2 yang seterusnya ya kalau nak tau lebih lanjut. :D